Benzema minta tinggalkan Real Madrid

Benzema minta tinggalkan Real Madrid

KARIM BENZEMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Penyerang Perancis, Karim Benzema membe­ritahu Real Madrid bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu selepas menerima tawaran lumayan untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Kelab Arab Saudi itu dilaporkan bersedia untuk menyerahkan Benzema yang berumur 35 tahun dengan kontrak bernilai 86 juta pound (RM493 juta) setahun untuk meninggalkan pasukan La Liga itu.

Tawaran itu juga terma­suk bayaran tambahan sebagai duta Arab Saudi yang akan membuat bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 serta kediaman di kawasan kejiranan persendirian.

Tawaran lumayan itu dipercayai membuatkan Benzema tergoda dan penyerang ­Perancis tersebut telah memaklumkan kepada kelab bahawa dia mahu meninggalkan pasukan pada pintu perpindahan akan datang.

Biarpun Al Ittihad bukanlah kelab yang menonjol, mereka mempunyai pemain ternama seperti bekas bintang Leeds dan Wolverhampton, Helder Costa dan pemain pertahanan West Brom, Ahmed Hegazy.

Selain itu, kelab berkenaan juga berjaya menewaskan Al-Nassr iaitu kelab yang diwakili bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, untuk merangkul gelaran Liga Pro Saudi musim ini dengan kelebihan lima mata.

Benzema telah menikmati tempoh selama 14 tahun yang sarat dengan trofi di ibu negara Sepanyol itu, memenangi 24 penghormatan utama pada masa itu.

Sambungan kontrak terbarunya tamat pada penghujung Jun, walaupun Benzema dikatakan telah bersetuju dengan perjanjian baharu dengan Real.

Perjanjian ini sepatutnya menyaksikan dia kekal di kelab itu untuk musim 2023-2024, walaupun tidak jelas sama ada dia telah menandatangani butiran akhir kontrak baharunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya