Bawa Umar ke Sukan Asia - KOM

Bawa Umar ke Sukan Asia – KOM

Umar Osman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) merayu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempertimbangkan untuk mem­bawa juara 400 meter (m) Sukan SEA 2023, Umar Osman beraksi dalam kategori B pada Sukan Asia di Hangzhou, ­September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM, Datuk Mark William Ling berkata, persatuan sedia membawa Umar menggunakan duit mereka sendiri.

“Kami akan berusaha menghantar atlet yang menghuni tempat keempat, kelima dan keenam kategori B dengan dana KOM,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, jurulatih Umar, Simon Lau percaya, ­atlet berusia 20 tahun itu mampu memperbaiki catatannya menjelang temasya di China.

Katanya, masa 46.34 saat (s) yang dilakukan di ­Kemboja, bulan lalu boleh diperbaiki dalam tempoh dua bulan ini.

Tegasnya, beliau dan Umar sedang berusaha keras untuk melakukan larian bawah 46s.

“Sebenarnya kalau lihat semula Sukan SEA lalu, Umar ­berada di kedudukan kelima pelari terpantas dengan rekod 47s, sedangkan empat pelari lain dari Thailand, Filipina dan Vietnam semuanya dengan rekod 46s.

“Namun, kejayaan Umar menewaskan mereka beri petunjuk, dia ada peluang ke Sukan Asia. Saya diberitahu catatan masa untuk layak ke Sukan Asia ialah 46.17s. Itu hanya sipi-sipi saja dengan yang dihasilkannya di Kemboja.

“Bagi saya, tempoh dua bulan ini mampu ubah larian Umar lebih baik.

“Sukan SEA lalu, Umar catat larian 46.34s sebab dia berlari dengan atlet yang pegang rekod 46s.

“Bayangkan kalau dia dapat lari dengan atlet 45s, atau lebih baik daripadanya, sudah tentu catatan masa Umar juga akan bagus.

“Harapan saya semoga MOM beri pertimbangan untuk ma­sukkan Umar ke kategori B sebab Umar masih muda dan wajar diberi peluang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya