Asyik kena kritik, kami tak boleh 'tidur' - Pan Gon

Asyik kena kritik, kami tak boleh ‘tidur’ – Pan Gon

ARIF Aiman hanapi (kanan) diasak pemain Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Harimau Malaya menang selesa 4-1 ke atas Kepulauan Solomon kelmarin, namun itu tidak cukup untuk menceriakan pengendali mereka, Kim Pan Gon yang kecewa pasukannya terus dikritik biarpun melakar kemenangan.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menyeru semua pihak, termasuk media agar memberi layanan adil kepada pasukan negara dan memuji pemain jika mereka menampilkan keputusan positif.

“Kita kena hargai pemain ke­rana mereka telah berusaha keras.

“Apabila kami menang masih ada tekanan daripada anda, kami tidak boleh tidur.

“Kita patut menikmati kemenangan, terutama bila menang 4-1. Kita boleh ber­puas hati untuk dua tiga hari dan kemudian lihat apa yang perlu diperbaiki,” katanya.

KETUA pasukan Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim (tengah) tenang biarpun dikepung pemain Kepulauan Solomon yang mempunyai fizikal lebih sasa dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Begitupun Pan Gon me­ngakui tidak berpuas hati dengan kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pemain, malah percaya Malaysia sepatutnya boleh menang lebih daripada empat gol.

Beliau juga mengakui, jika corak permainan seperti itu ditunjukkan ketika menentang ­pasukan lebih kuat, Harimau Malaya tidak mungkin akan mendapat peluang sebanyak yang diperoleh di Stadium Mizan Zainal Abidin.

Begitupun kata Pan Gon, secara positif beliau melihat ke­upayaan Harimau Malaya mencipta banyak gerakan menarik walaupun dinafikan penjaga gol, Phillip Mango yang cemerlang.

“Ini bukan perlawanan yang mudah dan apa yang penting pemain belajar sesuatu daripada Kepulauan Solomon (ranking 134 dunia) untuk aksi berikutnya.

Malaysia yang menghuni ­ranking ke-138 dunia akan berdepan pasukan No. 153 dunia, Papua New Guinea dalam perlawanan persahabatan kedua, Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN