Ancelotti gesa Real Madrid segera sambar Kane

Ancelotti gesa Real Madrid segera sambar Kane

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Keraguan terhadap masa depan Karim Benzema mendorong pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menggesa lembaga pengarah kelab untuk melakukan apa sahaja bagi mendapatkan Harry Kane.

Kane, 29, memasuki tahun ter­akhir kontraknya di Tottenham dan menjadi sasaran utama ­pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Begitupun pengerusi Spurs, Daniel Levy enggan melepaskan kapten England itu kepada pe­saing Liga Perdana, sekali gus membuka pintu buat Real, apatah lagi Ancelotti amat meminati Kane.

Portal sukan The Athletic mendakwa, Ancelotti telah membawa isu Kane dalam mesyuarat pengurusan kanan kelmarin, dan menggesa mereka ‘mempercepatkan’ rancangan mencari pe­nyerang tengah yang baharu.

Pemenang Ballon d’Or, Benzema belum memutuskan mengenai masa depannya selepas menerima tawaran lumayan 345 juta pound (RM1.96 bilion) untuk mengikuti jejak Cristiano Ronaldo bermain di Arab Saudi.

KARIM BENZEMA

Akhbar Daily Mail minggu ini melaporkan, United menjangkakan Tottenham mungkin meletakkan harga 100 juta pound (RM570 juta) untuk Kane, namun ‘perang’ harga boleh berlaku jika Real mahu mendapatkannya.

Red Devils tidak menjangkakan mereka akan mendapat Kane de­ngan mudah, apatah lagi jika Real dapat meyakinkan penyerang itu untuk menyertai rakan senegaranya, Jude Bellingham yang semakin hampir ke Madrid.

Semuanya banyak bergantung kepada ke mana Benzema memutuskan masa depannya.

Kontrak Benzema, 35, pen­jaring kedua terbanyak Real dengan 353 gol akan tamat musim panas 2024.

Jika kekal di Madrid, dia dijang­ka menandatangani pembaharuan 12 bulan kontraknya bernilai kira-kira 20.6 juta pound (RM117.41 juta).

Begitupun jika dia memilih Arab Saudi, Al-Ittihad menawarkan 171.5 juta pound (RM977.45 juta) semusim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya