Skuad hoki remaja negara benam Uzbekistan 8-1

Skuad hoki remaja negara benam Uzbekistan 8-1

Skuad hoki remaja negara berjaya menewaskan Uzbekistan 8-1 untuk aksi pertama peringkat Kumpula B Piala Remaja Asia 2023 yang berlangsung di Kompleks Belia Kebudayaan dan Hiburan Sultan Qaboos, Oman sebentar tadi. (FOTO: Ihsan Persekutuan Hoki Asia (AHF) )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALALAH,Oman: Skuad hoki remaja negara memulakan kempen Piala Remaja Asia dengan langkah kanan apabila membelasah pasukan Uzbekistan dengan keputusan 8-1 dalam aksi Kumpulan B yang berlangsung di Kompleks Belia Kebudayaan dan Hiburan Sultan Qaboos, Oman sebentar tadi.

Skuad negara yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja tempohari berpesta jaringan seawal minit ketujuh menerusi T.Perabu yang menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti.

Perabu terus cemerlang apabila hanya memerlukan selang dua minit kemudian untuk menggandakan kedudukan buat kem Malaysia apabila meledak menerusi peluang yang sama.

Alfarico Liau terus menambah derita Uzbekistan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke 12.

Perabu melengkapkan hatriknya dalam perlawanan ini pada suku kedua permainan apabila sekali lagi meledak menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 18.

Barisan anak buah Amin Abdul Rahim semakin selesa apabila Shahmie Irfan Suhaimi dan Che Nur Aqilrullah meledak gol hanya selang seminit untuk kedudukan menjadi 6-0.

Malaysia terus garang di babak keempat apabila Mughni Kamal meledak gol ketujuh negara pada minit ke 43 sebelum Adam Ashraf melengkapkan hari gemilang negara dengan gol kelapan.

Uzbekistan akhirnya memperoleh gol saguhati lima minit sebelum perlawanan ditamatkan apabila Shavkatjin Kakhramonov meledak menerusi gol padang, namun kebangkitan itu tetap gagal untuk menghalang Malaysia meraih kemenangan pertama untuk saingan ini.

Selepas ini, Malaysia bakal berdepan dengan Bangladesh pada Khamis untuk perlawanan kedua peringkat Kumpulan B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya