Semangat juang hebat bawa Pearly-Thinaah ke final

Semangat juang hebat bawa Pearly-Thinaah ke final

PEARLY Tan-M. Thinaah meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Malaysia Masters selepas menewaskan beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun dan Kim Hye Jeong hari ini. - MINGGUAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamer semangat juang hebat untuk melangkah ke perlawanan akhir pertama mereka pada musim 2023 dalam kejohanan badminton Malaysia Masters, sebentar tadi.

Menyerap sokongan padu penonton di Axiata Arena, beregu No. 11 dunia itu menyingkirkan pasangan ranking kelima, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan 21-19, 23-21 dalam pertarungan sejam 33 minit.

Kemenangan itu bakal menemukan mereka dengan satu lagi beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mara selepas menumpaskan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-19, 21-14.

Pearly-Thinaah yang bangkit daripada ketinggalan 2-11 di set kedua hanya selangkah lagi untuk menjadi pasangan pertama negara memenangi gelaran beregu wanita dalam Malaysia Masters sejak Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pada 2012.

“Bagaikan mimpi buat kami berdua kerana terpaksa menghadapi beberapa perlawanan yang memang memenatkan.

“Terima kasih kepada peminat yang hadir memberi sokongan dan ia menjadi motivasi buat kami pada perlawanan ini,” kata Pearly.

Ini adalah pertemuan kedua buat kedua-dua pasangan, dan kemenangan membolehkan Pearly-Thinaah mengikat Na Eun-Hye Jeong 1-1.

Pencapaian ke final Malaysia Masters adalah yang terbaik buat Pearly-Thinaah bagi kempen 2023 setakat ini selepas tiga kali terkandas di separuh akhir iaitu di Terbuka India, Indonesia Masters dan Terbuka Jerman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya