PSG gantung Messi serta merta

PSG gantung Messi serta merta

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan telah menggantung Lionel Messi berkuat kuasa serta-merta selepas melakukan perjalanan jauh yang tidak dibenarkan oleh kelab itu ketika mereka dalam pemburuan kejuaraan Ligue 1.

Media Perancis, RMC Sport melaporkan Messi digantung kerja dua minggu kerana melakukan perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran daripada kelab dan terlepas sesi latihan.

Kapten Argentina itu akan terlepas perlawanan menentang Troyes hujung minggu ini dan Ajaccio pada 13 Mei ketika PSG menerajui liga dengan kelebihan lima mata.

Messi yang bakal meninggalkan PSG pada hujung musim ini selepas kontrak dua tahun yang ditandatanganinya pada 2021 berakhir telah dikaitkan dengan perpindahan ke Asia Barat.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu dilihat berada di lapangan terbang Riyadh sebagai sebahagian lawatan berkaitan peranannya sebagai duta pelancongan di negara itu, sehari selepas kekalahan mereka kepada Lorient pada Isnin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya