LONDON: Penyokong Tottenham tidak percaya dan kecewa apabila kelab London itu enggan melantik Julian Nagelsmann sebagai pengurus baharu mereka.
Kelab tersebut sering dikaitkan dengan pengurus berusia 35 tahun itu sejak dia dipecat Bayern Munich Mac lalu, iaitu beberapa hari selepas Tottenham berpisah dengan Antonio Conte.
Nagelsmann yang dilihat dalam kalangan peminat sebagai pengurus muda dinamik dan mampu membina semula Tottenham difikirkan sebagai pilihan pertama untuk menjadi jurulatih.
Bagaimanapun akhbar Daily Mail melaporkan Tottenham sedang melihat calon lain dan Nagelsmann bukan pilihan ideal.
Hanya dua tahun selepas musim panas huru hara yang melanda kelab, di mana mereka memilih calon tercorot, Nuno Espirito Santo, peminat tottenham sekali lagi dibiarkan ‘ketakutan’.
“Kami sebagai lembaga pengarah melakukan kerja yang baik dan anda mampu bergantung dengan satu tangan sahaja untuk menguruskan kelab yang sudah mati ini,” sindir seorang peminat di Twitter.
“Bolehkah kelab ini buat apa-apa betul? Mauricio Pochettino…dan sekarang tidak boleh mendapatkan Nagelsmann. Bersedia untuk pemain yang sama, keputusan yang sama tahun hadapan,” tulis seorang lagi penyokong. – AGENSI