Maaf Kjaer, saya harap Inter tewaskan Milan - Eriksen

Maaf Kjaer, saya harap Inter tewaskan Milan – Eriksen

PEMAIN AC Milan melakukan persiapan menjelang pertemuan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan di San Siro esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Christian Eriksen memilih untuk menyokong bekas kelabnya Inter Milan apabila kelab Itali itu berdepan musuh sebandar, AC Milan pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara esok.

Begitupun, pemain tengah Denmark itu bersimpati dengan rakan senegaranya, Simon Kjaer yang beraksi buat AC Milan.

Eriksen mengakui, jika peraturan Serie A membenarkan pemain yang mempunyai masalah jantung beraksi, dia pastinya mahu kekal bersama Inter.

Pemain berusia 31 tahun itu yang kini me­nyarung jersi Manchester United mengalami serangan jantung semasa Denmarmenentang Finland di peringkat kumpulan dalam Kejohanan Eropah (Euro) pada Jun 2021 yang hampir meragut nyawanya.

CHRISTIAN Eriksen ketika beraksi bersama Inter Milan.

Dalam insiden itu, tindakan pantas rakan sepasukannya Kjaer memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) berjaya menyelamatkan nyawa Eriksen.

Kemudian, dia dipasang Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) untuk bantuan kepada jantung, peraturan Serie A tidak membenarkan pemain yang menggunakan ICD beraksi.

“Saya tidak marah kepada ­Inter kerana meninggal kelab itu satu-satunya pilihan yang ada.

“Peraturan di Itali dengan England berbeza yang menyebabkan saya tidak dapat meneruskan karier bersama Inter.

“Saya melakukan apa sahaja untuk kembali bermain bola sepak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN