JDT lawan sukar - Utusan Malaysia

JDT lawan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui tugas berat menanti Tok Gajah untuk mengekalkan rekod bersih tanpa kalah ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Pertemuan dua pasukan yang belum tewas selepas 11 perlawanan itu seperti tidak memihak kepada Tok Gajah berikutan masih dibelenggu masalah melengkapkan kesebelasan  pemain terbaik yang akan diturunkan nanti di gelanggang lawan.

Awal-awal lagi Sri Pahang sudah kehilangan tiga pemain yang tidak boleh beraksi ketika menentang JDT esok kerana status pinjaman daripada skuad Singa Selatan itu.

Penjaga gol utama, Izham Tarmizi Roslan, Shazwan Andik Ishak dan Azrif Nasrul Haq tidak dibenarkan bermain kerana status pemain pinjaman dari JDT selama satu musim kepada Sri Pahang.

Fandi Ahmad juga turut ragu-ragu untuk membenarkan Azam Azih beraksi kerana masih dibelenggu kecederaan, begitu juga dengan penyerang Lucas Da silva.

“Berdasarkan perancangan, sudah pasti ada beberapa perubahan yang akan dilakukan untuk Sri Pahang malam esok,” kata Fandi.

Fandi juga mahu anak buahnya bijak memanfaatkan segala peluang yang ada dan tidak mensia-siakannya.

“Bagi saya cabaran besar bakal dihadapi pemain kerana JDT memiliki barisan pemain yang mantap di bahagian serangan dan tengah. Tetapi apa diharapkan segalanya baik,” tambah jurulatih kelahiran Singapura itu.

Fandi mampu menarik nafas lega kerana penjaga gol kedua, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin sudah diberikan pendedahan awal ketika berdepan Penang FC Sabtu lalu dan bermain dengan baik.

“Berdepan JDT, saya harap semua pemain dapat mempamerkan semangat juang tinggi dan bermain bermati-matian untuk mendapat keputusan positif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.