LONDON: Legenda Manchester United, Gary Neville mengakui, Wout Weghorst tidak mampu ‘mengisi kasut’ Cristiano Ronaldo, namun penyerang Belanda itu lebih menguntungkan kelab.
Red Devils dipaksa mencari penyelesaian segera setelah melepaskan Ronaldo pada jendela perpindahan Januari.
Weghorst diperoleh menerusi pinjaman jangka pendek, namun penyerang berusia 30 tahun itu gagal menyelesaikan masalah serangan.
Dia hanya menjaringkan dua gol daripada 19 penampilan, jauh daripada sumbangan Ronaldo dalam tempoh keduanya bersama United.
“Saya panggil dia (Weghorst) ‘pemain gantian’ kerana United tidak melabur untuk mendapatkan penyerang yang mereka mahu.
“Sebab utama Ronaldo dilepaskan adalah kerana statistik. Weghorst memang tidak mampu mengisi ‘kasut’ Ronaldo tapi dia dikekalkan kerana pengurus (Erik ten Hag) melihat statistik. Eksperimen ini harus dihentikan dan Weghorst patut keluar, tidak boleh diteruskan lagi.
“Dalam 19 perlawanan melibatkan Weghorst, United mencatat 12 kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan. Ya, dia hanya menjaringkan dua gol tetapi pasukan telah meledak 37 gol keseluruhan.
“Ketika United diperkuatkan oleh Ronaldo dalam 19 perlawanan, kemenangan mereka kurang tiga. Pasukan seri tiga dan kalah empat kali. Dia menjaringkan 11 gol tetapi pasukan hanya menjaringkan 23 gol, ini perbezaan yang sangat ketara.
“Inilah keanehan bola sepak. Anda memiliki pemain yang tidak cukup bagus untuk menjadi penyerang tetapi telah membawa lebih banyak keuntungan. Saya percaya dia (Ronaldo) kekal pemain terhebat sepanjang zaman,” kata Neville. – AGENSI