Tidak ‘diratah’ JDT sudah cukup bagus

Tidak ‘diratah’ JDT sudah cukup bagus

PDRM FC akan melakukan apa sahaja dan berdoa gawang mereka tidak dibolosi dengan jaringan besar apabila menentang JDT pada pusingan kedua, Piala FA malam ini. - IHSAN PDRM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PDRM FC tidak mengharap­kan kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ismail (SSI) malam ini, sebaliknya tidak dibelasah oleh Johor Darul Takzim (JDT) dalam pusingan kedua Piala FA sudah dianggap satu ‘pencapaian’.

Pengendali The Cops, Azzmi Ab. Aziz mengakui, pasukannya turun dengan strategi mengecilkan jumlah bolos dan mengelak daripada diratah Harimau ­Selatan dalam pertembungan ‘antara dua darjat’ itu.

“Kualiti dan standard yang dimiliki JDT sangat jauh berbeza, kita boleh tengok macam mana mereka ‘bedal’ pasukan lain. Jadi, bayangkan jika mereka berdepan ­dengan kami, namun kami tetap akan berikan yang terbaik.

“Sekarang pasukan seperti Kedah, ­Selangor serta Sabah juga berdepan kesukaran dan dibelasah ketika berdepan JDT. Susah untuk handle mereka kerana gerakan berbisa dari segenap sudut.

“Apa yang boleh saya cakap, kami akan bertahan dan sesekali cuba lakukan sera­ngan balas.

“Misi sebenarnya kami adalah untuk mengecilkan margin gol dan mengelak daripada menjadi pasukan belasahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Harimau Selatan, satu-satunya kelab Malaysia yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia membuka kempen Liga Super 2023 dengan memenangi semua lapan ­perlawanan, malah meledak 36 gol serta bolos sekali.

PDRM pula menghuni tangga ketujuh liga hasil tiga kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN