Tang Jie-Ee Wei cipta sensasi mara ke final Orleans Masters

Tang Jie-Ee Wei cipta sensasi mara ke final Orleans Masters

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORLEANS: Beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka di Perancis apabila mara ke final Kejohanan Badminton Orleans Master sebentar tadi.

Aksi separuh akhir yang berlangsung di Palais de Sport, Orleans menyaksikan Tang Jie-Ee Wei turun ke gelanggang sebagai pilihan ketujuh kejohanan menampilkan aksi memberangsangkan berdepan wakil Indonesia, Rehal Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati yang juga pilihan keempat kejohanan.

Pasangan negara ini hanya memerlukan 34 minit sahaja untuk menempah tempat ke perlawanan akhir esok apabila melakar kemenangan dengan keputusan 21-10, 21-16.

Keputusan ini mengulangi pencapaian mereka menewaskan pasangan No. 14 dunia itu ketika di pusingan kedua Terbuka Malaysia Januari lalu.

Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin yang sebelum itu turut menewaskan satu lagi pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Nita Violina Marwah dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya