Selangor mahu ‘gari’ Casagrande

Selangor mahu ‘gari’ Casagrande

PENYERANG tinggi lampai, Casagrande mampu menjadi ancaman terbesar Selangor FC jika tidak dirantai ketat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang tinggi lampai Negeri Sembilan, Casagrande antara pemain yang perlu dirantai Selangor FC jika tidak mahu dihukum dalam pertemuan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Pengendali Red Giants, Tan Cheng Hoe berkata, skuad Hobin Jang Hobin bukan sahaja memiliki jentera serangan ampuh, malah turun dengan motivasi tinggi selepas melakar kemenangan besar 4-2 ke atas Kelantan FC, Sabtu lalu.

Jelasnya, ada beberapa tonggak Negeri Sembilan yang perlu diberi perhatian, terutama Casagrande, penyerang yang memiliki ketinggian 1.93 meter jika Sela­ngor tidak mahu episod dibenam 0-4 oleh Johor Darul Ta’zim di Petaling Jaya bulan lalu berulang.

TAN Cheng Hoe perlu mencatur taktikal terbaik untuk mengalahkan Negeri Sembilan FC. 

“Tentu sekali pasukan berada dalam motivasi terbaik selepas kemenangan ke atas KL (Kuala Lumpur) City, namun Negeri Sembilan bukan perlawanan mudah, mereka baru menang dengan Kelantan menerusi ja­ringan besar.

“Kita sedar kekuatan Negeri Sembilan banyak bergantung kepada Casagrande, (Herold) Goulon, Safuwan (Baharudin) dan Mahali (Jasuli) yang bermain begitu baik tapi pemain lain juga harus diberi perhatian.

“Kami juga berada di landasan terbaik. Walaupun sebelum ini tewas kepada JDT tetapi Selangor bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Begitupun, mereka belum sempurna dan masih banyak perlu diperbaiki terutama taktikal. Kami juga belum menjumpai ramuan terbaik tetapi sentiasa meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Shahrel Fikri Md. Fauzi

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, K. Devan tidak menolak akan mengekalkan gandingan Casagrande dengan Shahrel Fikri Md. Fauzi yang dilihat menunjukkan peningkatan.

“Kebolehan dia (Shahrel Fikri) ialah keupayaan bertindak pantas mencari ruang terbaik dalam kawasan gol lawan dan kualiti dimilikinya itu digunakan sepenuhnya untuk menjaringkan gol.

“Ini terbukti apa yang dilakukannya ketika perlawanan dengan Kelantan dan saya rasa dengan gol dijaringkan pada aksi tempoh hari akan menambah keyakinan dia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN