Real Madrid tambah derita Chelsea

Real Madrid tambah derita Chelsea

REAL Madrid mengalahkan Chelsea 2-0 untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara secara agregat 4-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Frank Lampard kecewa kegagalan Chelsea memanfaatkan banyak peluang menyebabkan mereka tumpas secara agregat 0-4 kepada Real Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Blues terus bergelut biarpun sudah bertukar tiga pengurus musim ini, dan dua jaringan  Rodrygo memadai untuk memastikan membantu mereka menang 2-0 di Stamford Bridge awal ini.

Bagi Lampard, kekalahan ini satu tamparan memandangkan Liga Juara-Juara adalah harapa terakhir merema untuk menjulang trofi musim ini.

Lampard dijangka digantikan pada musim panas, walaupun bekas pemain tengah England itu enggan menolak peluang dia mungkin kekal dalam perjanjian jangka panjang jika keadaan berjalan lancar.

“Anda tidak mahu terlalu memuji apabila pasukan kalah di peringkat ini tetapi kami telah bertambah baik.

“Mereka bukan tidak mencuba atau bersungguh, pemain berusaha memberi persembahan terbaik, namun mensia-siakan banyak peluang,” katanya.

Lampard ditanya apa yang akan dilakukan sepanjang baki musim kerana pencapaian terbaik yang boleh dikejar hanyalah tiket ke Liga Europa musim depan.

“Anda bermain untuk Chelsea. Jadi tidak kira, setiap perlawanan yang anda mainkan anda perlu memberikan segala-galanya.

“Saya lapar, saya tidak akan membiarkan sesiapa hilang semangat. Sangat penting untuk mengekalkan standard (menentang Real),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN