Percaturan lima perejam ke Kemboja relevan

Percaturan lima perejam ke Kemboja relevan

SKUAD sepak takraw yang akan menggalas cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mempertahankan keputusan membawa lima pemain apit kanan ke Sukan SEA 2023 bulan depan biarpun terdapat beberapa nama dari posisi berlainan yang dirasakan layak tidak berada dalam pasukan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kelmarin, daripada 12 pemain yang dipilih untuk skuad lelaki,­ ­hanya empat tekong dan tiga apit kiri (pengumpan) terpilih dengan selebihnya dikuasai perejam.

Jumlah tersebut tidak seimbang seperti barisan Sukan SEA Vietnam tahun lalu yang membawa empat tekong, empat apit kiri dan empat perejam, sekali gus mampu menbentuk empat regu dalam acara berpasukan.

Bagaimanapun, Jais berpandangan keperluan membawa lima perejam wujud berdasarkan variasi gulungan yang dimiliki setiap pemain dalam usaha mengalahkan Thailand.

Antara perejam yang dipertaruhkan kali ini Hafizul Hayazi Adnan, Khairol Zmaan Hamid Akhbar, Azlan Alias serta dua nama yang dikekalkan dari skuad Sukan SEA lalu, Noraizat Nordin dan Afifudin Razali.

“Sebab kalau kita lihat, daripada tahap prestasi pemain muda sedia ada, mereka masih belum mencapai satu tahap yang kita boleh harapkan sebagai pemain utama.

“Kalau kita lihat pemain ­seperti Azlan Alias dan Khairol Zaman, mereka mempunyai pengalaman yang tinggi di dalam kejohanan peringkat antarabangsa, jadi yang menyebabkan kita bawa mereka sebagai satu nilai tambah untuk digandingkan dengan pemain muda bagi menghadapi Sukan SEA kali ini,” jelas Jais.

Dalam pada itu, Jais masih bersedia menamakan kapten pasukan serta gandingan regu yang bakal dipertaruhkan di temasya sukan dwitahunan itu bagi mengelak taktikal skuad negara dibaca lawan.

Skuad negara bakal berlepas ke Phnom Penh pada 8 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya