Manchester United mudah tewaskan Nottingham Forest

Manchester United mudah tewaskan Nottingham Forest

Pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot (kanan) turut berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Red Devils dalam kemenangan 2-0 ke atas Nottingham Forest dalam Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. (Foto: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Manchester United tidak menghadapi masalah untuk mengatasi pasukan Nottingham Forest 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium City Ground sebentar tadi.

United yang bertandang ke tempat lawan dalam pemburuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pasukan ketiga liga berjaya menguasai perlawanan sejak wisel permainan dibunyikan.

Usaha mereka berhasil apabila pemain sayap dari Brazil, Antony menceriakan kem pelawat dengan gol pembukaan pada minit ke 32.

Aksi di babak kedua juga tidak banyak beza dengan Red Devils menyerang bertubi-tubi ke arah gawang Nottingham, namun penjaga gol, Keylo Navas banyak menafikan beberapa percubaan merbahaya United.

United akhirnya berjaya menggandakan jaringan apabila pemain pertahanan, Diogo Dalot berjaya menjaringkan setelah memanfaatkan umpanan Antony pada minit ke 78.

Ini merupakan jaringan pertamanya bersama United sejak mula menyertai pasukan ini pada 2018.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan, sekaligus meletakkan United di tempat ketiga dengan 59 mata, hanya dipisahkan sebanyak tiga mata sahaja dengan Newcastle United yang berada di tangga keempat liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.