Malaysia dalam 'kumpulan maut' Sukan SEA

Malaysia dalam ‘kumpulan maut’ Sukan SEA

LALUAN getir menanti skuad Malaysia B-22 dalam Sukan SEA di Kemboja bulan depan apabila diletak dalam kumpulan bersana Thailand dan Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Malaysia untuk merampas pingat emas bola sepak lelaki Sukan SEA di Kemboja bulan depan berdepan laluan berliku apabila diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama Thailand dan Vietnam.

Selain berdepan juara 16 kali, Thailand dan penyandang gelaran, Vietnam, skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bimbingan E. Elavarasan turut diundi bersama Singapura serta Laos dalam Kumpulan B.

Saingan Kumpulan A pula tampak lebih mudah apabila dibarisi tuan rumah, Kemboja bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.

Malaysia menjadi pasukan kedua selepas Thailand pernah memenangi pingat emas terbanyak dalam temasya sukan dwitahunan itu dengan muncul juara enam kali.

Begitupun kemenangan terakhir pasukan negara hadir 12 tahun lalu apabila mereka mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009 dalam temasya Jakarta 2011.

Acara bola sepak lelaki Sukan SEA di Phnom Penh itu akan membuka tirai lebih awal iaitu dari 29 April hingga 16 Mei depan.

Sementara itu, skuad bola sepak wanita pula diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Indonesia. Cabaran mereka berlangsung dari 2 Mei hingga 15 Mei depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya