Luka Tuchel masih ‘berdarah’

Luka Tuchel masih ‘berdarah’

THOMAS Tuchel sudah memulakan tugasnya bersama Bayern Munich sejak dilantik sebagai pengurus baharu gergasi Jerman itu minggu lalu.

MUNICH: Thomas Tuchel me­ngakui masih terluka de­ngan cara Chelsea memecatnya ketika bos baharu Bayern Munich itu ditanya tentang apa yang berlaku di Stamford Bridge.

Jurulatih kelahiran Jerman ini dipecat September lalu tidak lama selepas Blues kalah kepada Dinamo Zagreb di pe­ringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Tuchel, 49, membantu Chelsea muncul juara Eropah 2020-2021 pada musim pertamanya, selain menjuarai Piala Dunia Kelab serta Piala Super.

Biarpun memiliki rekod cemerlang, dia dibuang dan digantikan dengan Graham Potter pada hari ke-100 Todd Boehly mengambil alih kelab.

“Ia amat mengejutkan. Keputusan sudah dibuat (sebelum Tuchel dipanggil untuk mesyuarat tergempar),” kata Tuchel.

Chelsea menghuni tangga keenam Liga Perdana ketika Tuchel dipecat tapi kini mereka jatuh ke kedudukan ke-10.

Tuchel kemudian dilamar oleh juara Bundesliga, Munich minggu lalu bagi menggantikan Julian Nagelsmann.

“Ia masih menyakitkan, cara pemecatan.

“Kami bermula ketika ­Co­vid-19 melanda, semasa Brexit dan kemudian berlaku perubahan pemilikan. Kami kumpulan yang kuat, namun keputusan bukan di tangan saya,” katanya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN