Layak dahulu baru boleh 'demand'

Layak dahulu baru boleh ‘demand’

HAMIDIN Mohd. Amin (kanan) bersama Nicol David (dua, kiri) dan Pandelela Rinong melihat Nur Dhabitah Sabri menjalani latihan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad terjun negara memasang impian untuk menambah seorang lagi ­atlet dalam program Road to Gold (RTG), namun hanya selepas mereka berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketika ini, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri menyertai 15 atlet yang tersenarai dalam program RTG, projek yang digarap untuk meraih emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris.

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MS), Mae Chan merasakan antara atlet yang berpotensi untuk disenaraikan masuk ke dalam program tersebut adalah Wendy Ng.

Bagaimanapun penerjun ­ber­usia 29 tahun itu perlu membuktikan kredibilitinya dalam Kejohanan Terjun Dunia di Fukuoka, Jepun pada 14 hingga 30 Julai depan dengan cuba untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Untuk berbuat demikian, Wendy perlu menempatkan diri sebagai 12 penerjun terbaik bagi acara individu, sementara dalam acara seirama, dia dan pasangan perlu berada sebagai tiga terbaik untuk meraih tiket automatik ke Paris.

WENDY NG

Bagaimanapun Mae Chan menjelaskan situasi berbeza untuk skuad lelaki memandangkan tahap mereka masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan untuk diserap masuk ke dalam program RTG.

“Kebarangkalian tinggi adalah Wendy dalam tiga meter papan anjal seirama. Bagi lelaki, sedikit sukar kerana perlu menunggu generasi seterusnya.

“Generasi penerjun lelaki ketika ini, terutama Ooi Tze Liang mungkin layak atau tidak ke Olimpik Paris kerana darjah kesukaran lelaki amat tinggi.

“Benar, akan ada Kejohanan Terjun Dunia di Fukuoka, dan kemudian Piala Dunia tahun depan, dan dalam masa sama Malaysia sedang memohon Persekutuan Renang Asia untuk membida hak penganjuran Kejohanan Terjun Asia yang turut akan menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris,” jelas Mae Chan yang ditemui di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Malaysia bakal mempertaruhkan 12 penerjun ke Fukuoka, Jepun dengan harapan untuk cuba meraih slot ke Paris seawal mungkin.

Beliau ditemui ketika ­menerima lawatan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan ­Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Timbalan Ketua Kontinjen, Datuk Nicol David.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya