Lawan JDT apa lagi boleh kami lakukan?

Lawan JDT apa lagi boleh kami lakukan?

Fernando Forestieri meraikan jaringannya ketika membantu JDT menumpaskan PDRM FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak kisahlah jika menjadi bahan jenaka sekalipun, pengendali PDRM FC, Azzmi Ab. Aziz tetap akan menggunakan taktikal sama – bertahan habis-habisan jika pasukannya bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi selepas ini.

Beliau percaya, permainan defensif, terutama formasi 5-4-1 satu-satunya cara untuk mengekang Harimau Selatan yang terlalu ampuh di semua posisi.

Katanya, mereka hanya akan mengundang padah jika cuba bermain secara terbuka, dan tidak mustahil menerima nasib seperti beberapa kelab Liga Super yang pernah dibelasah.

Taktikal Azzmi dalam dua pertemuan menentang JDT mungkin gagal memberi kemenangan tetapi berjaya menge­lakkan PDRM FC daripada menjadi mangsa belasahan.

PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menonton aksi pasukannya ketika menentang PDRM FC di kelmarin. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Kita tahu JDT pasukan yang amat hebat, memang kita tak boleh main secara terbuka, ­walau apa pun keadaan kita kena bertahan.

“Begitupun kita cuba juga keluar (dari kawasan sendiri) setiap kali berpeluang cuma ia hanya datang beberapa kali tetapi saya rasa ini (kalah 0-1) keputusan baik buat kita,” katanya.

JDT dipaksa menunggu sehingga minit ke-61 untuk meledak gol kemenangan menerusi Fernando Forestieri.

Kemenangan itu hadir empat hari selepas mereka menum­paskan lawan sama 3-0 pada pusingan kedua Piala FA.

Azzmi turut memuji penjaga gol, Nor Hakeem Hamidun yang cemerlang mengekang percubaan JDT.

“Hakeem sebenarnya bermain untuk skuad B-23 (bawah 23) dan kita lakukan penggiliran untuk beri dia peluang bermain dalam Liga Super,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN