Joo Ven dikecam, diugut di media sosial

Joo Ven dikecam, diugut di media sosial

Masters Korea
PEMAIN Perseorangan badminton profesional lelaki negara, Soong Joo Ven.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven mengakui dia kini takut untuk menggunakan akaun media sosialnya selepas dikecam dengan pelbagai komen negatif selain berbaur ugutan.

Pemain berumur 27 tahun itu diserang dengan ugutan dan komen negatif oleh sesetengah individu di laman Instagram susulan prestasinya yang tidak menentu ketika ini malah, kecaman itu turut melibatkan ahli keluarganya.

“Ini adalah salah satu sebab kenapa saya takut dengan ig (Instagram). Sesetengah individu akan memaki dan mencarut kepada diri anda dan juga keluarga yang mana saya fikir ia sesuatu benda yang bodoh,” kata Joo Ven.

Antara komen peminat di laman sosialnya turut menuduh dia mengatur perlawanan selepas tersingkir di pusingan kelayakan Sepanyol Master kepada wakil Denmark, Magnus Johannesen.

“Patutlah anda masih pemain amatur kerana anda selalu memandang rendah kemampuan lawan anda. Malah ketika anda berada di depan 19-12 ketika menentang Magnus di set kedua anda masih memandang rendah.

“Mungkin anda seorang individu yang mengatur perlawanan. Saya berharap satu hari nanti anda akan dihukum manakala anda dan keluarga akan mati dalam kemalangan jalan raya sebab perbuatan anda itu,” tulis akaun yang menggunakan nama stoic.is.me.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya