MANCHESTER: Erling Haaland meledak jaringannya yang ke-45 musim ini untuk membantu Manchester City membenam Bayern Munich 3-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara pagi tadi.
Rodri dan Bernardo Silva turut menemui jaringan di Etihad, sekali gus membolehkan juara Liga Perdana Inggeris itu mengorak langkah besar untuk mara ke separuh akhir.
City yang tidak pernah merangkul kejuaraan Eropah akan bertandang ke Munich minggu depan dalam aksi timbal balik bagi meraih tiket separuh akhir.
Manchester ✅⁰Munich 🅰️🔜 pic.twitter.com/VaO1Dr54ht
— Manchester City (@ManCity) April 11, 2023
Pengendali City, Pep Guardiola tampak selesa menentang bekas pasukannya, Bayern buat kali pertama sejak meninggalkan Jerman pada 2016.
Dia juga mengatasi musuh lamanya, Thomas Tuchel, yang membimbing Chelsea menewaskan City pada final 2021. – AGENSI