Fasiliti SIC terjejas akibat ribut di Sepang

Fasiliti SIC terjejas akibat ribut di Sepang

LITAR Antarabangsa Sepang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan ribut yang melanda daerah Sepang, Sabtu lalu, turut menjejaskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terpaksa berdepan beberapa kerosakan fasiliti.

SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa ekoran insiden tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SIC, semua kontraktor dan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan berada dalam keadaan selamat.

“Berdasarkan penilaian awal, kawasan yang terjejas melibatkan kemusnahan bumbung yang tertanggal kanvasnya, pokok di sekitar SIC tercabut dan papan iklan turut mengalami kerosakan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Jelas kenyataan tersebut lagi, pihak pengurusan SIC sedang menilai sepenuhnya tahap kerosakkan yang dialami ekoran kejadian itu.

“Untuk memastikan keselamatan pelawat, kawasan tertentu di SIC akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikkan dilaksanakan,” ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, operasi harian SIC akan tetap diteruskan seperti biasa. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya