Chelsea perlukan kebangkitan istimewa - Lampard

Chelsea perlukan kebangkitan istimewa – Lampard

REAL Madrid mengalahkan Chelsea 2-0 untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara secara agregat 4-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Chelsea perlu melakukan kebangkitan hebat jika mahu kekal dalam  Liga Juara-Juara selepas tumpas 2-0 kepada juara 14 kali, Real Madrid pada suku akhir pertama, awal pagi tadi.

Jaringan Karim Benzema dan pemain gantian, Marco Asensio membolehkan juara bertahan, Real menguasai perlawanan di Santiago Bernabeu.

Begitupun Chelsea mampu bertahan untuk mengelak gawang mereka dibolosi lebih teruk selepas beraksi dengan 10 pemain pada 30 minit terakhir.

Pengurus sementara Blues, Frank Lampard berkata, pasukanya perlu melakukan sesuatu yang istimewa apabila aksi kedua kembali di Stamford Bridge, Selasa depan.

“Ada sesuatu yang baik juga daripada peawanan ini, namun keputusan yang akhirnya akan diambil kira.

“Saya beritahu pemain, sesuatu yang istimewa mungkin boleh berlaku di Stamford Bridge. Mereka sebuah pasukan yang baik dan kami perlu mempercayainya,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Blues kini mengharungi empat perlawanan tanpa jaringan, dan Lampard hanya mempunyai seminggu untuk mengembalikan keyakinan pasukan terutama di bahagian serangan.

“Ia tempoh yang singkat dan sukar, saya fikir ada kekurangan dari segi keyakinan pemain.

“Mereka harus faham kemampuan dan tahu apakah yang mampu dilakukan dan mungkin kami kekurangan dari sudut itu. Kami harus lebih positif dalam apa yang kami lakukan,” katanya yang baru seminggu mengambil alih Chelsea daripada Graham Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN