Bukan nak bodek, JDT memang terlalu kuat – Azman Adnan

Bukan nak bodek, JDT memang terlalu kuat – Azman Adnan

PENYERANG JDT, Fernando Forestieri meraikan jaringannya ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lalu. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan mengakui, tiada perkara buruk boleh diperkatakan tentang Johor Darul Ta’zim (JDT) kecuali menghambur pujian, biarpun kata-katanya dianggap ‘membodek’.

Memenangi semua lapan perlawanan musim ini dengan meledak 36 gol dan hanya bolos sekali meletakkan JDT pada tahap berbeza daripada 13 pasukan lain yang bersaing dalam Liga Super.

Kata Azman, ia sesuatu yang baik apabila Liga Malaysia (Liga M) mempunyai kelab hebat ­seperti JDT kerana mereka secara automatik akan membangkitkan semangat pasukan lain untuk menjadi yang pertama menumbangkan Harimau Selatan.

“Apabila kita bercakap tentang JDT sebelum ini, ramai cakap kita ‘bodek’, padahal kita cakap perkara betul bahawa Harimau Selatan ketika ini berada pada­ tahap berbeza dengan pasukan Liga Super lain.

“Mereka mempunyai barisan pemain bintang yang sudah di tahap liga luar.

“Ini perlu diakui, selepas lapan perlawanan mereka berjaya menjaringkan 36 gol. Ini rekod luar ­biasa dan membuktikan ketajaman mereka di barisan hadapan.

PEMAIN JDT meraikan kemenangan besar ke atas Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Apabila kita bercakap tentang JDT, ramai tidak boleh terima…Sebenarnya, ini kenyataan.

“Memang dalam soal fasiliti, semua pasukan kalah kepada JDT, jangan cakap pasal persembahan atas padang, fasiliti pun sukar mahu buat macam JDT.

“Jumlah jaringan yang besar juga membuktikan semua pemain JDT boleh menghasilkan gol, lawan pun tidak tahu mahu mengawal siapa.

“Jumlah terlalu besar, agak-agaklah lapan perlawanan 36 gol,” kata bekas pe­nyerang Harimau Malaya itu kepada Utusan Malaysia.

Harapan yang diletakkan kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memberi cabaran kepada Harimau Selatan hanya tinggal angan-angan selepas skuad ken­dalian Nafuzi Zain menjadi ­mangsa terbaharu JDT apabila dibelasah 6-0, Sabtu lalu.

Sebelum ini, harapan turut diletakkan kepada ‘raja’ Lembah Klang, Selangor FC dan Sabah FC untuk memberi tentangan.
Malangnya, kedua-dua pasukan itu juga terkulai apabila dimalukan 4-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.