Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir Terbuka Switzerland

Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir Terbuka Switzerland

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASEL: Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia semakin menunjukkan peningkatan dalam prestasinya apabila tidak menghadapi masalah untuk melepasi cabaran di peringkat suku akhir Terbuka Switzerland sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di St. Jakobshalle menyaksikan Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan menampilkan aksi meyakinkan berdepan pemain Taiwan, Lee Chia Hao untuk merakamkan kemenangan 21-12, 21-17 dalam tempoh 37 minit.

Ini merupakan separuh akhir keduanya musim ini selepas minggu lalu, Jaguh Asia itu turut berjaya mara ke peringkat yang sama di Kejohanan Badminton All England.

Cabaran Zii Jia di peringkat separuh akhir esok merupakan pemain Jepun, Koki Watanabe yang berada di tangga ke 37 dunia.

Watanabe sebelum itu menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Empat lagi wakil negara akan turun sebentar lagi membabitkan Ng Tze Yong yang akan menentang Chou Tien Chen dalam aksi perseorangan lelaki, manakala dalam acara beregu lelaki pula, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang diletakkan sebagai ketiga kejohanan akan menentang Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia.

Dalam acara beregu campuran, Shevon Lai-Goh Soon Huat akan berentap  dengan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand, manakala pasangan muda meningkat naik, Toh Ee Wei-Cheng Tang Jie pula akan menentang pilihan kelapan, Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.