Zii Jia sahkan kemaraan ke separuh akhir All England 2023

Zii Jia sahkan kemaraan ke separuh akhir All England 2023

LEE ZII JIA. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak kemenangan dalam Kejohanan Badminton All England 2023 apabila menumpaskan wakil Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Utilitia Arena Birmingham menyaksikan Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan berjaya menguasai perlawanan di set pertama dengan keputusan 21-9.

Bagaimanpun Naraoka enggan mengalah apabila kembali memperkemaskan aksinya untuk menakluk set kedua dengan keputusan 10-21, sekaligus mengheret perlawanan ke set ketiga.

Zii Jia tidak menoleh lagi ke belakang apabila menggunakan segala pengalaman dimiliki bagi memastikan tiket ke separuh akhir menjadi miliknya dengan menoktahkan kemenangan 21-13 ke atas pemain Jepun itu.

Kemenangan ini juga membalas kembali kekalahan dialami Zii Jia ke atas Naraoka ketika pusingan pertama Terbuka Malaysia Januari lalu.

Menanti Zii Jia di separuh akhir esok merupakan perseorangan China, Shi Yuqi yang sebelum itu menewaskan rakan senegara, Weng Hong Yang dalam satu lagi aksi suku akhir.

Seorang lagi wakil negara, Ng Tze Yong bakal turun sebentar lagi menentang seorang lagi pemain China, Li Shi Feng yang berada di ranking ke 14 dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya