United sudah lupakan igauan Liverpool

United sudah lupakan igauan Liverpool

BRUNO Fernandes meledak gol tunggal kemenangan Manchester United.

MANCHESTER: Manchester United sebelah kaki untuk memburu tiket suku akhir Liga Europa apabila membenam  Real Betis 4-1 dalam aksi  pertama pusingan 16 akhir di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kemenangan itu juga memadam igauan ngeri dimalukan 7-0 oleh Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

Kesungguhan anak-anak buah Erik ten Hag untuk melupakan igauan Liverpool terserlah sejak awal, dan Marcus Rashford membuka jaringan seawal minit keenam.

Pasukan pelawat mencemaskan tuan rumah seketika apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Ayoze Perez pada minit ke-32.

Begitupun memasuki babak kedua, United bagaikan sukar dibendung apabila menambah tiga lagi gol.

Antony meletakkan United di depan menerusi penyudah cantik pada minit ke-52, sebelum Bruno Fernandes meledak gol ketiga, enam minit berselang.

Wout Weghorst melengkapkan kemenangan selesa Reds Devils pada minit ke-83, sekali gus memberi bekalan selesa buat United apabila bertandang ke Sepanyol dalam aksi kedua, 17 Mac depan. 

“Saya fikir pada babak pertama kami sepatutnya mendahului 3-0, tetapi ia menjadi 1-1. Hanya kerana satu kesilapan kami dihukum.

“Separuh masa kedua lebih baik, terutama gol-gol cantik dan persembahan bagus. Jadi, saya amat bersyukur (menang) selepas apa yang berlaku pada Ahad,” kata Ten Hag. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN