Tuchel setuju ganti Nagelsmann bimbing Bayern

Tuchel setuju ganti Nagelsmann bimbing Bayern

THOMAS TUCHEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel bersetuju untuk mengambil alih Bayern Munich selepas juara Bundesliga itu membuat kejutan memecat Julian Nagelsmann semalam.

Tuchel, 49, menganggur sejak September tahun lalu selepas dipecat oleh Chelsea ekoran tewas dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb.

Setahun sebelum itu, jurulatih kelahiran Jerman tersebut membantu Chelsea memenangi kejuaraan Eropah, dan tahun sebelumnya, dia membawa Paris Saint-Germain (PSG) sehingga ke pentas akhir.

Sebelum ini, Tuchel turut dikaitkan sebagai calon pengganti Antonio Conte di Tottenham.

Tuchel bakal memulakan tugas pertamanya pada Isnin depan bagi membantu Ba­yern menghadapi seteru utama, Borussia Dortmund pada ming­gu berikutnya.

Julian Nagelsmann

Pertahanan Bayern, Joao Cancelo yang ketika ini bersama skuad kebangsaan Portugal mengakui, terkejut dengan perkembangan terbaharu yang berlaku di kelab.

“Saya tahu saya tidak akan berjumpa Nagelsmann apabila pulang ke Munich nanti. Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Buat Tuchel, dia telah membuatkan saya tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, jadi saya harap saya mampu memenangi kejuaraan pada tahun ini bersama­nya,” jelas Cancelo.

Biarpun Bayern berjaya me­layakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini dengan menyingkirkan PSG, namun Nagelsmann, 35, hilang pekerjaan gara-gara tumpas 1-2 kepada Bayer Leverkusen, Ahad lalu.

Kekalahan itu menyaksikan Bayern ditinggalkan oleh pendahulu Bundesliga, Borussia dengan hanya satu mata.

Secara keseluruhan, Bayern keciciran mata dalam 10 perlawanan musim ini – tiga kali kalah dan tujuh seri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya