Trucha tuntut aksi terpuji berdepan PDRM

Trucha tuntut aksi terpuji berdepan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan United, Tomas Trucha menuntut barisan pemain yang dipertaruhkan berdepan PDRM supaya memperagakan aksi terpuji bagi memastikan mereka mendapat keputusan positif pada aksi Liga Super malam ini.

Trucha berkata, walaupun berdepan laluan sukar namun barisan pemain perlu mencari tiga mata pertama pada musim ini.

“Kita bermain dengan bagus ketika menentang Selangor FC, Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tetapi gagal meraih mata yang diperlukan. Itulah perkara utama yang perlu kita perbaiki.

“Kami menghormati PDRM FC. Mereka mempunyai barisan pemain yang bagus di setiap posisi dan kita perlu mempamerkan persembahan terbaik pada perlawanan kali ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Trucha memberitahu, walaupun barisan pemainnya masih belum mencapai tahap prestasi yang diharapkan namun mereka telah menunjukkan perkembangan positif melalui setiap perlawanan.

 

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak boleh dijadikan alasan kerana Kelantan United sudahpun berada di pentas Liga Super dan perlu menampakkan implimentasi taktikal serta pergerakan pasukan secepat mungkin.

“Kita ada barisan pemain yang bagus dan skuad ini mempunyai kualiti. Jadi saya percaya kita perlu bermain bola sepak dengan lebih baik berbanding apa yang pernah dilihat sebelum ini,” ujarnya.

TOMAS TRUCHA

Sementara itu penyerang Kelantan United, Devid De Santana Silva mengakui agak kecewa dengan keputusan perlawanan sebelum ini (menentang KDA FC) namun dia serta rakan sepasukan perlu terus berjuang dalam setiap perlawanan untuk mencari kemenangan.

“Saya gembira dapat menjaringkan gol peribadi pertama di halaman sendiri dan sudah lebih memahami taktikal serta pergerakan pasukan. Kini saya rasa lebih cergas dan berharap dapat menjaringkan lebih banyak gol untuk pasukan.

“Saya sedar PDRM FC adalah pasukan yang bagus dan kami menghormati mereka. Namun kami tetap akan memberikan tentangan sengit apabila bertandang ke halaman mereka nanti,” ujarnya.

Santana Silva berharap Kelantan United akan mampu meraih kemenangan yang sangat diperlukan dan menuntut rakan sepasukannya agar kekal fokus serta bekerja keras untuk mencari tiga mata penuh pada perlawanan kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.