Tak logik enggan tukar rumput kerana kos tinggi - TMJ

Tak logik enggan tukar rumput kerana kos tinggi – TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (tengah) ketika pada majlis perasmian Projek Penggantian Rumput Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini. - JOHOR SOUTHER TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, keengganan kebanyakan negeri menukar rumput  berkualiti tinggi yang diberikan secara ‘percuma’ atas alasan, kos penyelenggaraan tinggi sesuatu yang tidak masuk akal. 

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, kos penyelenggaraan rumput Zeon Zoysia yang ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak sampai RM300,000 setahun.

Sedangkan kementerian sedia menampung kos penukaran padang bernilai RM1 juta yang akan memberi manfaat besar kepada perkembangan industri bola sepak negara.

Pada Januari lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika mempengerusikan mesyuarat pertama KBS bersama exco negeri menawarkan dana geran untuk menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri milik JDT.

“Bagi saya, penyelenggaran bukan satu alasan kerana bajet yang paling kurang dalam pasukan Liga Super pada hari ini adalah RM8 juta, penyelengaraan padang pula tidak melebihi RM 300,000 untuk setahun, mungkin dalam RM280,000, jadi mana logik jika tidak boleh jaga padang.

“Mungkin mereka tidak tak tahu apa-apa pasal bola sepak, itu salah satu faktor. Mungkin mereka tidak mempunyai semangat tinggi dalam sukan tersebut atau tiada agenda jangka panjang.

“Kalau kami dapat lihat mana-mana negara yang maju dalam industri bola sepak, semuanya memberikan keutamaan terhadap padang dahulu, kerana padang itu mecerminkan pihak pengurusan.

“Saya pun tidak faham, kadang kadang saya pun tertanya-tanya juga, tetapi inilah masa untuk berubah, jadi saya berharap apa yang YB Hannah buat, KBS memberikan satu inisiatif tawaran untuk mempertingkatkan padang-padang di setiap stadium yang berada dalam negara adalah satu tawaran yang sangat baik dan saya berharap ia akan disambut oleh kelab-kelab yang adalam dalam negara ini, dan secara tidak langsung ia memberikan peningkatan kepada setiap pasukan dan kesan akhirnya kepada skuad kebangsaan,” katanya Tunku Ismail. 

Tunku Ismail yang ditemui pada majlis perasmian projek penggantian rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini turut menegaskan sudah tiba masanya semua pihak berubah dengan melabur ke arah perkara yang memberi manfaat buat industri bola sepak tempatan.

Tambah Tunku Ismail, pendirian negeri lain untuk tidak menukar rumput bagi membolehkan mereka mempunyai kelebihan ke atas JDT juga tidak berasas kerana sepanjang 11 tahun menguruskan gergasi Harimau Selatan itu, mereka sudah pun mendominasi Liga Super selama  sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.

“Kalau kita tengok di Malaysia, saya sudah berada dalam industri bola sepak selama 11 tahun, dan apa yang saya nampak, kami letak kewangan kami untuk benda tak berfaedah, macam contoh kita tak nak tukar padang kerana untuk saingan domestik, ia akan memberikan impak negatif buat pasukan JDT  tetapi 11 tahun pun tiada orang sedar lagi, benda itu tidak langsung memberikan impat kepada kami.

“Sekarang ini kita harus fikirkan dari sudut yang lebih besar, kerana pasukan kebangsaan adalah keutamaan kerana kita mempunyai beberapa kejohanan dimana yang saya rasa kita mempunyai harapan untuk pergi jauh,” tambah Tunku Ismail.

Proses transformasi rumput dan baik pulih SNBJ akan bermula 1 April ini dan dijangka akan siap dalam tempoh enam bulan. Kali terakhir rumput di SNBJ ditukar adalah pada tahun 2015. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya