Speedy Tigers dapat sentuhan pakar sudut penalti Australia

Speedy Tigers dapat sentuhan pakar sudut penalti Australia

SUBAHAN Kamal (kanan) ketika memperkenalkan kehadiran Chris Ciriello sebagai jurulatih pukulan sudut penalti baharu skuad hoki negara. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara mendapat tonik baharu dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris apabila mendapat khidmat pakar sudut penalti dari Australia, Chris Ciriello.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, sentuhan ‘magis’ Ciriello mampu menajamkan lagi pukulan sudut penalti skuad Speedy Tigers sebelum ini dilihat agak tumpul.

“Pelantikan Ciriello itu akan membantu meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Australia dalam membantu meningkatkan prestasi dan perkembangan skuad hoki negara.

“Kita bawa Chris Ciriello untuk membantu menajamkan lagi pukulan sudut penalti pasukan hoki negara. Dia akan bekerjasama dengan bekas pakar pukulan sudut penalti kita iaitu Amin Rahim dan jurulatih yang lain.

“Dengan kehadiran Ciriello juga, ia akan memudahkan kita untuk berurusan dengan Australia. Seperti kita tahu kita banyak hantar pasukan berlatih di sana berbanding Eropah sebab kosnya agak rendah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ciriello mempunyai rekod yang baik ketika bergelar pemain apabila berjaya menjaringkan 116 gol dalam 199 penampilan bersama skuad kebangsaan Australia.

Selain itu, Ciriello juga merupakan bekas pembantu jurulatih merangkap jurulatih analisis skuad India sejak 2018 sebelum dia meletakkan jawatan pada 2021.

Dalam pada itu, Ciriello mengakui beliau teruja untuk bersama pasukan kebangsaan dan akan gunakan segala pengalaman dan pengetahuan dalam membantu meningkatkan prestasi Speedy Tigers.

“Pasukan Malaysia berpotensi untuk pergi lebih jauh bersandarkan prestasi terkini mereka ketika ini. Seperti kita lihat mereka laju cuma skuad itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga pakar sudut penalti.

“Saya lihat skuad negara bagus cuma mereka masih ada ruang untuk memperbaiki lagi prestasi mereka,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya