Shahrizal raih tonik ke Sukan SEA Kemboja

Shahrizal raih tonik ke Sukan SEA Kemboja

Shahrizal (kanan) berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Filipina 2023 kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Atlet lompat jauh negara, Muhammad Shahrizal Nasharuddin Isham menaruh keyakinan tinggi untuk membawa pulang pingat dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA Kemboja yang akan bermula 5 hingga 17 Mei depan.

Atlet berasal dari Terengganu ini meraih tonik terbaik apabila membawa pulang pingat gangsa dalam kejohanan antarabangsanya yang pertama tahun ini di Kejohanan Olahraga Filipina kelmarin.

Shahrizal melakukan lompatan sejauh 7.39 meter untuk berada di belakang atlet tuan rumah, Algin Gomez yang meraih pingat perak, sementara Jarry Ubais yang merupakan pencabar di Sukan SEA Vietnam tahun lalu unggul meraih pingat emas dengan catatan 7.84 meter.

Bagi Shahrizal, catatannya itu masih jauh daripada catatan peribadi terbaiknya iaitu 7.48 meter yang dilakar di Kejohanan Olahraga terbuka Pahang pada 2021.

“Kalau nak ikutkan saya kurang berpuas hati dengan jarak yang saya lakukan kerana saya percaya saya boleh buat lagi baik.

“Mungkin tiada rezeki lagi saya di sini untuk pecahkan catatan terbaik peribadi saya, jujur saya tak sangka jarak saya lakukan itu mampu meraih pingat gangsa.

“Harapan saya di Sukan SEA nanti untuk berusaha menaiki podium, mengenai perasaan berdebar dan gemuruh itu tetap akan ada, tetapi saya boleh mengawalnya,” jelas Shahrizal yang dihubungi Utusan Malaysia.

Selain Shahrizal, seorang lagi atlet negara yang akan mengibarkan cabaran negara dalam acara lompat jauh di Sukan SEA Mei depan adalah Muhammad Sunik Muslimin dari Sabah.

Pemegang rekod kebangsaan, Andre Anura Anuar pula akan memberi tumpuan dalam acara lompat kijang bersam-sama atlet muda, Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya