Sepakan penalti kali kedua satu ‘jenaka’ - Bellingham

Sepakan penalti kali kedua satu ‘jenaka’ – Bellingham

PEMAIN Borussia Dortmund mengerumuni pengadil, Danny Makkelie (dua, kanan) selepas dia mengarahkan sepakan penalti Chelsea diambil semula dalam aksi Liga Juara-Juara di London semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham berkata, tindakan pengadil, Danny Makkelie mengarahkan Chelsea mengambil semula sepakan penalti adalah satu jenaka.

Keputusan Makkelie memberi sepakan penalti kontroversi membuatkan semua pemain Dortmund berang dan amarah mereka semakin bertambah apabila Blues diberi kesempatan ke­dua selepas sepakan pertama Kai Havertz terkena tiang.

Havertz tidak mensia-siakan peluang dan berjaya menewaskan Alexander Meyer. Gol tersebut membawa tuan rumah ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 2-1.

“Saya fikir itu (sepakan penalti) sendiri sudah mengecewakan dan bila mereka diarah me­lakukan sepakan semula, ia lebih kelakar.

“Bagi setiap sepakan penalti, terutama jika pemain itu berlari perlahan sebelum menyepak bola, pasti akan ada pemain memasuki kawasan penalti dalam jarak satu ela dan sebagainya.

KAI Havertz (dua, kanan) meraikan jaringan Chelsea yang disempurnakan menerusi sepakan penalti ketika menentang Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge di London semalam. – AFP

“Saya rasa ini permainannya, dia (pengadil) telah membuat keputusan dan kami harus akur dengannya,” jelas Bellingham.

Makkelie menghadiahkan penalti kepada Chelsea selepas merujuk video bantuan pengadil (VAR) dan mendapati bola terkena tangan pertahanan Dortmund, Marius Wolf.

Sementara itu, rakan sepasukan Bellingham, Emre Can ­berang dengan situasi tersebut.

“Diberi peluang melakukan sepakan buat kali kedua, saya tidak faham. Tendangan dia (Havertz) telah terkena tiang.

“Pengadil amat sombong sepanjang perlawanan, kami pula beraksi di Stamford Bridge,” kata bekas pemain tengah Liverpool itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN