Ribuan penyokong KDA tak puas hati dengan pengadil

Ribuan penyokong KDA tak puas hati dengan pengadil

Penyokong Kedah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang menyaksikan skuad Kenari tewas 0-1 kepada PDRM di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lebih 1,000 penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyerbu ruangan depan astaka utama Stadium Darul Aman selepas tamat perlawanan antara pasukan itu dengan PDRM FC, sebentar tadi.

Para penyokong yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan wanita menanti di kawasan itu bagi menyatakan rasa tidak puas terhadap pengadil, Mohd. Azizan Saat Ariffin.

Dalam perlawanan itu, Mohd. Azizan bukan sahaja melayangkan kad merah kepada kapten KDA FC, Manuel Ott pada minit ke-59, malah turut melayangkan kad merah kepada pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain pada minit ke-70.

Tindakan itu dilihat memberi kesan kepada aksi tuan rumah apabila pintu gol mereka dibocori pada minit ke-78 hasil jaringan penyerang import PDRM, Bruno Suzuki.

Bagaimanapun, meskipun tewas dalam perlawanan itu, penyokong KDA FC tetap berada di belakang pasukan mereka apabila memberi tepukan gemuruh kepada pemain selepas tamat permainan.

Sementara itu, barisan pegawai dan anggota polis turut berkawal di hadapan stadium berkenaan sehingga keadaan kembali terkawal pada pukul 11.35 malam tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN