Prestasi Aaron-Wooi Yik di Eropah membimbangkan

Prestasi Aaron-Wooi Yik di Eropah membimbangkan

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan cukup merisaukan buat beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila gagal awal dalam dua kejohanan di Eropah, terbaru ditunjukkan jalan keluar di All England kelmarin.

Sebagai beregu No. 2 dunia dan diletak sebagai pilihan kedua kejohanan, mereka bergelut untuk menyaingi pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin sebelum akur 18-21, 21-14, 13-21.

Ini kali kedua berturut-turut mereka terkandas awal selepas tunduk kepada pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Sato di pusingan kedua Terbuka Jerman, minggu lalu.

“Saya rasa ketiga di set ketiga kami banyak melakukan kesilapan sehingga memberi kelebihan besar buat lawan,” jelas Aaron.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky turut kecewa memandangkan anak buahnya itu memiliki ­kelebihan psikologi berdasarkan rekod kemenangan dalam empat pertemuan sebelum ini.

Kekalahan Aaron-Wooi Yik juga turut memadam impian Rexy untuk melihat pemainnya meraih gelaran pertama mereka dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000.

“Siapa pun kecewa, bukan saya sahaja, malah pemain turut merasakannya.

“Apa yang paling saya kesal adalah aksi di set pertama kerana kita mengawal permainan tetapi agak perlahan ketika mata pen­ting.

“Kita hanya lebih banyak bertahan berbanding memberi tekanan kepada pasukan lawan. Bagaimanapun, aksi di set kedua kita bermain dengan bagus dan menang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan,” jelas Rexy.

Selepas ini, Aaron dan Wooi Yik akan meneruskan siri Jelajah Eropah mereka dengan ­menyertai Terbuka Switzerland yang akan berlangsung 21 hingga 26 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.