Perak mahu lunas dendam terhadap Pahang

Perak mahu lunas dendam terhadap Pahang

PERAK FC akan menentang JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Ipoh Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kekalahan 1-2 kepada Sri Pahang pada pusingan pertama Piala FA masih menyakitkan Perak FC, dan Bos Gaurus mahu melunaskan dendam apabila menerima kunjungan Tok Gajah sekali lagi pada saingan Liga Super di Stadium Perak malam ini.

Pengerusi kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berharap, kemenangan pertama yang dilakar musim ini ketika menumpaskan Kuching City 2-0, Ahad lalu akan menaikkan semangat anak-anak Datuk Lim Teong Kim untuk menjinakkan Sri Pahang.

“Saya berharap kami dapat mencatat kemenangan ke atas Sri Pahang pula.

“Saya yakin pemain Perak berada di atas landasan betul bagi menghadapi pertarungan ini.

“Semasa Piala FA kita tewas atas sebab-sebab luar dugaan tetapi kali ini saya yakin Perak mampu bangkit semula,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Pada perlawanan Piala FA itu Perak tumpas 1-2 selepas lawan diberikan sepakan penalti ­kontroversi di minit akhir perlawanan.

“Saya ragu-ragu keputusan pengadil memberi sepakan pe­nalti kepada Sri Pahang itu tepat.

“Apapun yang berlalu biarkan berlalu. Ini perlawanan lain. Suasana juga lain,” katanya.

Sehubungan itu, Azim mahu pemain Kejor Yob Kejor memberi sepenuh tumpuan terhadap perlawanan.

“Pemain kena fokus sepenuhnya terhadap misi menebus kekalahan minggu lepas itu.

“Saya berharap pemain Perak mampu mengulangi persembahan bertenaga dan mantap seperti ketika bertemu Kuching FC beberapa hari lalu.

“Saya jangka satu pertarungan sengit dan menarik serta berharap seorang pengadil yang cekap dan berwibawa dihantar mengadili perlawanan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya