Peminat damba aksi memukau Dream Team

Peminat damba aksi memukau Dream Team

KEHADIRAN pemain naturalisasi baharu seperti Paulo Josue mengujakan penyokong Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran semula nama-nama besar dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam skuad Harimau Malaya perlu diterjemahkan de­ngan prestasi memukau di atas padang dan bukan sekadar pelengkap bagi memenuhi panggilan pasukan kebangsaan.

Senarai 27 pemain Harimau Malaya yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Sabtu ini diibaratkan Dream Team, dan rata-rata peminat menyifatkan skuad kali ini antara yang terkuat pernah disenaraikan jurulatih, Kim Pan Gon.

Kemasukan dua pemain naturalisasi baharu seperti kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue dan Endrick Dos Santos (JDT), selain Nooa Laine yang berpangkalan di luar negara juga menarik perhatian peminat.

Bekas pengendali Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah berkata, kehadiran semula pemain ‘regular’ dan kemasukan dua pemain naturalisasi baharu membuatkan Pan Gon mempu­nyai banyak pilihan di posisi kritikal dalam skuad kebangsaan kali ini.

NOOA Laine turut mendapat panggilan Harimau Malaya

“Sudah tentu skuad kali ini membuat peminat teruja kerana kredibiliti yang dimiliki pemain yang dipanggil Pan Gon. Sudah lama, kita mahu lihat skuad negara dibarisi pemain terkuat dan kali ini, nampaknya adalah yang terbaik.

“Pan Gon ada kebolehan dan segalanya telah terbukti sebelum ini, jadi dengan adunan pemain baru dan lama. saya percaya dia dapat olah pasukan kebangsaan menjadi yang terbaik kali ini. Namun, untuk nilai pemain baharu, masih terlalu awal.

“Macam Josue dan Endrick, mereka masih baharu dalam skuad kebangsaan dan ini panggilan pertama. Keupayaan di peringkat kelab sudah terbukti dan sekarang kita tunggu dan lihat dalam skuad Harimau Malaya pula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pan Gon telah menyenaraikan 27 pemain terbaik bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan untuk berhadapan dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Turkmenistan dan Hong Kong yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail.

Mengulas mengenai panggilan untuk Laine, Azraai berkata, peminat bola sepak tempatan masih belum menyaksikan kemampuan sebenar pemain muda itu namun, dia tetap berharap pemain itu mampu mempamerkan aksi terbaik.

“Masih terlalu awal untuk kita bercakap tentang pemain ini, biar kita tengok dahulu. Namun, saya berharap dia mempamerkan aksi terbaik untuk diserap bersama pasukan dan dapat bermain dalam perlawanan kompetitif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya