Pemain ‘serang’ Gabenor Jawa Tengah

Pemain ‘serang’ Gabenor Jawa Tengah

WAJAH sugul pemain Indonesia B-20 selepas negara itu dilucutkan hak tuan rumah Piala Dunia B-20.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemain skuad Garuda bawah 20 tahun (B-20) menyerang media sosial milik Gabenor Jawa Te­ngah, Ganjar Pranowo setelah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melucutkan status Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 2023.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden FIFA, Gianni Infantino bertemu Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir di Doha.

Undian kumpulan sepatutnya diadakan hari ini, namun sejak beberapa hari lalu, beberapa pemerintah dan ahli politik Indonesia lantang mengkritik kehadiran Israel ke negara itu, antaranya Ganjar serta Gabenor Bali, I Wayan Koster.

Barisan pemain muda Indonesia, diketuai Hokky Caraka menyifatkan Ganjar sebagai pemusnah impiannya.

PEMAIN dan pegawai skuad bawah 20 tahun Indonesia tidak mampu menahan sebak sebaik sahaja diberitahu tentang keputusan FIFA membatalkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 kelmarin. – AFP

“Terima kasih banyak. Kami tahu nasib anda sudah terjamin dan masa depan juga sudah bagus, sedangkan kami?

“Kami baru sahaja mahu merintis karier menjadi lebih baik, tetapi batu loncatan sudah dihancurkan oleh anda,” kata Hokky.

Penjaga gol skuad B-20, Cahya Supriyadi pula menganggap Ganjar ­telah memusnahkan impian ‘budak kampung’.

“Terima kasih tuan. Impian budak kampung ini yang ingin mempertahankan Indonesia dalam Piala Dunia hanyalah mimpi! Doa kami, semoga tuan sentiasa sihat. Sia-sia impian anak bangsa ini, tuan,” tulisnya.

Marselino Ferdinan pula menulis sindiran menggunakan bahasa Jawa kepada Ganjar.

“Sihat-sihat ya Pak. Tidak ada apa-apa Pak, saya tidak ­marah. Yang penting bapa baik dan sihat,” tulisnya.

“Terima kasih Pak, orang tua saya tidak boleh berce­rita ­kepada teman-temannya jika dia mempunyai anak yang ­sangat membanggakan kerana bermain dalam Piala Dunia,” kata pemain tengah, Arkhan Fikri pula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya