Panggilan Harimau Malaya kali ini ibarat 'Dream Team'

Panggilan Harimau Malaya kali ini ibarat ‘Dream Team’

SKUAD Harimau Malaya yang berjaya layak ke Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai 27 pemain Harimau Malaya yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula 18 Mac ini ibarat ‘Dream Team’, kata pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli.

Katanya, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon memiliki pilihan ‘mewah’ dalam menyenaraikan barisan pemain untuk membentuk skuad terbaik.

Jelasnya kemasukan beberapa pemain naturalisasi baharu seperti kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue dan Endrick Dos Santos dari Johor Darul Ta’zim (JDT), selain Nooa Laine juga bakal menambahkan kekuatanHarimau Malaya.

“Panggilan kali ini kira macam ‘Dream Team’…mewah pilihan Kim Pan Gon.

“Kemasukan beberapa material baharu naturalisasi seperti Paulo Josue, Endrick Dos Santos, selain Nooa Laine satu lagi nilai tambah buat Harimau Malaya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pan Gon telah menyenaraikan 27 pemain terbaik bagi kem latihan pusat termasuk dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Turkmenistan dan Hong Kong.

Pemain akan mula berkumpul di Johor Bahru, Sabtu ini manakala perlawanan persahabatan dijadual berlangsung pada 23 Mac berdepan Turkmenistan dan Hong Kong (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

SENARAI pemain  untuk kem latihan pusat Harimau Malaya.

Berdasarkan senarai itu, Pan Gon hanya mengekalkan sembilan daripada 23 pemain yang membawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF 2022, Januari lalu.

Lima lagi pemain baharu yang dipanggil adalah penjaga gol, Damien Lim dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, selain Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting dan Feroz Baharudin.

Pekan turut mengakui, jika penilaian prestasi dibuat berdasarkan empat perlawanan Liga Super musim ini, bermakna ada beberapa pemain yang tidak sepatutnya berada dalam pasukan.

“Ya secara jujur juga melihat ada pilihan pemain yang sedikit meragukan prestasinya setakat aksi musim baharu ini tetapi dipanggil dalam skuad.

“Antaranya Fayadh, Syahmi (Safari, JDT) dan bahkan Azam Azih…tetapi mungkin Pan Gon beri mereka peluang untuk kembali mendapatkan ‘form’.

“Bukan mereka tak bagus tapi mungkin aksi musim masih terlalu awal.

“Skuad kali ini juga dilihat begitu ‘antarabangsa’ dengan himpunan teramai pemain kacukan dan naturalisasi. Harap Harimau Malaya akan menjadi skuad yang digeruni di Piala Asia nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya