Nagelsmann gaduh dengan Mane sebelum dipecat

Nagelsmann gaduh dengan Mane sebelum dipecat

HUBUNGAN Julian Nagelsmann (kiri) dan Sadio Mane tegang sebelum dia dipecat sebagai pengurus Bayern Munich minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH, Jerman: Julian Nagelsmann ‘berperang’ mulut dengan Sadio Mane semasa mereka berkumpul di hadapan seluruh skuad dalam bilik persalinan Bayern Munich sebelum pengurus tersebut dipecat.

Laporan menyatakan, bekas pemain Liverpool itu hilang sabar dengan Nagelsmann selepas dia menunggu sehingga minit ke-82 untuk dimasukkan ketika Bayern menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, 9 Mac lalu.

Setelah menandatangani kontrak bernilai 35 juta pound (RM154 juta) pada Jun tahun lalu, Mane menghabiskan sebahagian besar musim pertamanya di Munich dengan diketepikan daripada kesebelasan utama ekoran kecederaan.

Bagaimanapun, dia dalam keadaan cergas dan sedia diturunkan pada pertembungan pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Lebih mengecewakan, penyerang Senegal itu hanya mendapat 13 minit masa permainan bagi membantu Bayern menewaskan PSG dalam aksi kedua, sekali gus menempah pertemuan suku akhir dengan Manchester City.

Nagelsmann selepas ini tidak lagi bertanggungjawab sebagai jurulatih kelab itu setelah dipecat oleh pengurusan tertinggi kelab minggu lalu dan digantikan dengan bekas pengendali Chelsea serta PSG, Thomas Tuchel.

Pemecatan itu merupakan keputusan yang hangat diperkatakan, malah menyebabkan gelombang besar kejatuhan di Bavaria, termasuk terdapat dakwaan pertembungan dengan Mane.

Menurut tabloid Jerman Bild, ketika pemain dan kakitangan Bayern yang lain meraikan kejayaan mereka, bintang berusia 30 tahun itu mengadu kemarahannya kepada Nagelsmann kerana tidak memberinya peluang beraksi pada awal kemenangan.

Disebabkan hal itu, jurulatih kelahiran Jerman itu berasa takut kerana keadaan semakin terancam malah tingkah laku Mane juga didakwa berbeza dengan perwatakannya yang biasa merendah diri, jarang beremosi negatif dan selalu gembira. – AGENSI

KAPSYEN
HUBUNGAN Julian Nagelsmann dan Sadio Mane tegang sebelum dia dipecat sebagai pengurus Bayern Munich minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya