Messi berdepan protes Ultras PSG

Messi berdepan protes Ultras PSG

ULTRAS PSG dikatakan akan mengejek Lionel Messi sepanjang perlawanan ketika pasukan itu menentang Rennes pada perlawanan Ligue 1 esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ultras Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan mereka merancang protes terhadap Lionel Messi apabila pasukan itu menentang Rennes dalam aksi Ligue 1 di Parc des Princes esok.

Selepas mengharungi 17 tahun yang cemerlang bersama Barcelona, Messi, 35, bergelut untuk mengulangi prestasi itu sejak tiba di Paris pada 2021.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu juga masih gagal membantu PSG menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas disingkirkan oleh Bayern Munich di pusingan 16 akhir biarpun cemerlang membantu Argentina merangkul ­Piala Dunia.

Messi yang ditugaskan me­ngetuai PSG untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara, gagal menyerlah dalam kedua-dua perlawanan menentang juara enam kali, Bayern yang menyaksikan mereka tewas 2-0 dan 0-1.

Penyokong tegar kelab itu sudah muak dan merancang untuk mencemuhnya dalam pertembungan esok kerana percaya, kontrak lumayan legenda Barcelona itu tidak menggambarkan prestasinya di atas padang.

LIONEL MESSI

Salah seorang Ultras PSG memberitahu akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo yang dia dan penyokong lain akan mengejek pemain berusia 35 tahun itu sepanjang perlawanan.

“Dia dibayar gaji yang terlalu tinggi sedangkan apa yang dia lakukan di atas padang pula sebaliknya,” katanya.

Begitupun, wartawan portal sukan Perancis, RMC, Arthur Perrot menafikan informasi tersebut kerana menganggap Ultras PSG telah membina hubungan baik dengan Messi dan Neymar.

Kontrak Messi dengan PSG pada hujung Jun ini, dan sehingga kini dia masih tidak menyatakan persetujuan untuk kekal di Perancis.

Kapten Argentina itu dikaitkan dengan kepulangan dramatik ke Barcelona, namun kelab itu masih berhadapan dengan isu kewangan yang serius.

Messi juga dikaitkan de­ngan perpindahan ke Arab Saudi yang mampu menawarkan kontrak lumayan kepadanya, selain menyertai legenda Manchester United, David Beckham di Inter Miami, Amerika Syarikat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya