Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 diiktiraf MBOR

Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 diiktiraf MBOR

ANTARA Peserta yang menyertai Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 yang dianjurkan oleh Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Salbros Sports.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 yang dianjurkan oleh Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Salbros Sports telah diiktiraf of Malaysia Book Record (MBOR) dengan penyertaan peserta teramai.

Sebanyak 201 pasukan dan 2, 412 peserta terlibat dalam Penganjuran Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 yang dilangsungkan pada 18 dan 19 Februari lalu yang disertai oleh pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, UPM mencipta sejarah menjadi IPT pertama yang diiktiraf oleh MBOR bagi penyertaan terbesar melibatkan pelajar sekolah dan penuntut IPT untuk mencungkil bakat.

“Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 adalah usaha UPM untuk menarik penyertaan orang ramai dalam sukan ragbi dan secara tidak lansung UPM merupakan Universiti Awam (UA) yang terbaik dalam sukan ragbi.

“Kejayaan UPM dalam mengajurkan Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 ini diiktiraf MBOR menperlihatkan visibiliti UPM untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana bahawa pentingnya untuk membudayakan sukan,” katanya.

PENGANALISIS Penyelidikan MBOR, Siti Nurhanim Mohd. Noh menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR kepada Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu (tiga dari kanan) bagi mengiktiraf Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 yang mendapat penyertaan peserta teramai.

Peserta yang terlibat dalam Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 terdiri dari 15 kategori yang melibatkan lelaki bawah 10 tahun, 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun dan juga lelaki bawah 21 tahun.

Manakala peserta perempuan yang menyertai kejohanan ini adalah perempuan bawah 10 Tahun, perempuan bawah 12 Tahun, perempuan bawah 13 tahun, perempuan bawah 15 tahun, perempuan bawah 16 tahun, perempuan bawah 17 tahun dan perempuan bawah 19 tahun.

Sementara itu, Tajularipin berkata, penganjuran kejohanan berkenaan juga antara lain bagi mengalakkan penglibatan generasi baharu dalam sukan ragbi dan seterusnya melanjutkan pengajian di UPM.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya