Jersi JDT disenaraikan antara jersi terburuk

Jersi JDT disenaraikan antara jersi terburuk

JERSI pasukan JDT tersenarai antara jersi terburuk pada Februari 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jersi utama Johor Darul Ta’zim (JDT) tersenarai antara jersi yang mempunyai rekaan terburuk bagi bulan Februari 2023.

Sebuah portal yang mengulas mengenai jenama dan kit bola sepak, Footy Headlines menyenaraikan jersi JDT bersama 19 jersi pasukan lain yang dikatakan mempunyai rekaan terburuk.

Bagaimanapun, portal itu tidak menjelaskan berkenaan kriteria atau garis panduan yang digunakan untuk menilai jersi sesebuah pasukan sama ada buruk atau sebaliknya.

Selain jersi utama JDT turut diletakkan dalam kategori itu ialah jersi utama pasukan Costa Rica; jersi ketiga Urawa Red Diamonds dan jersi edisi khas RB Leipzig.

Sebelum ini, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu melancarkan jersi baharu mereka bagi mengharungi musim 2023 yang menyaksikan jersi tuan rumah masih mengekalkan identiti bendera Johor iaitu merah biru dengan menggunakan corak ‘camouflage’ dan berkolar.

Bagi jersi pelawat pula, JDT mengekalkan warna putih sebagai warna utama selain terdapat adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi.

Bagaimanapun, terdapat segelintir penyokong bola sepak tempatan mempersoalkan pemilihan reka bentuk dan warna jersi utama yang disifatkan sebagai tidak begitu menarik berbanding pasukan lain.

Memberikan respon terhadap rungutan itu, pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan memikirkan sama ada corak baju pasukan Harimau Selatan musim ini cantik atau tidak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya