JDT mahu jadi penakluk satu dekad

JDT mahu jadi penakluk satu dekad

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim meraikan kemenangan JDT bersama pemainnya ketika memenangi Piala Malaysia tahun lalu. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak sedikitpun berkurangan biarpun sudah memenangi sembilan kejuaraan Liga Super berturut-turut.

Pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, motivasi terbesar Harimau Selatan kini adalah menjadi penakluk satu dekad dengan merangkul kejuaraan ke-10 musim ini.

Bagi merealisasikan misi tersebut, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyeru ribuan penyokong JDT agar meramaikan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam perlawanan getir Liga Super menentang pencabar rapat, Sasbah FC, Jumaat ini.

“Jumpa di SSI Jumaat ini keluarga JDT ku. Misi belum selesai untuk mencipta sejarah mendominasi satu dekad.

“Perjalanan masih jauh. Demi Johor, demi kelab kami, demi keluarga biru merah putih kami. Kami adalah pencipta sejarah dan peneraju dalam semua aspek.

STATUS yang ditulis Tunku Ismail dalam InstaStory di Instagram hari ini.

“Ini adalah satu fakta dan bukan cerita dongeng atau halusinasi. Jumpa hari Jumaat ini. Hidup Johor, muafakat itu berkat Allah peliharakan Sultan,” kata Tunku Ismail di laman Story Instagramnya hari ini.

Sudahpun membelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi terakhir sebelum liga berehat, 17 Mac lalu, pertemuan dengan Sabah yang kini menghuni tangga kedua liga dianggap pertembungan terbesar musim ini.

JDT yang memenangi semua lima perlawanan setakat ini mengatasi anak-anak Datuk Ong Kim Swee dengan kelebihan dua mata.

Kemenangan ke atas lawan bakal mengukuhkan kedudukan JDT di puncak liga, manakala kejayaan membawa pulang tiga mata ke Kota Kinabalu pula menyaksikan skuad The Rhinos berpeluang memintas anak-anak buah Esteban Solari.

Tahun lalu, Harimau Selatan memahat sejarah memenangi semua kejuaraan yang ditawarkan dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan muncul juara Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya