JDT benam KL City 3-0

JDT benam KL City 3-0

Penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Bergson Da Silva cuba mengawal bola melepasi kawalan pertahanan KL City dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras sebentar tadi. (FOTO: IHSAN Johor Southern Tigers)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) masih belum mampu dicabar Kuala Lumpur (KL) City apabila skuad Harimau Selatan itu melakar kemenangan selesa 3-0 dalam perlawanan kedua Liga Super bagi musim 2023 di Stadium KLFA, dekat sini, sebentar tadi.

Aksi konsisten yang dipamerkan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu tidak mampu ditandingi skuad ibu kota yang hanya bertahan di kubu sendiri.

Asakan demi asakan yang dilancarkan ke kubu tuan rumah, akhirnya berhasil pada minit ke-40 apabila penyerang import KL City, Romel Morales tertampan bola sepakan percuma oleh pendatang baharu JDT, Juan Muniz Gallego bagi meletakkan skuad bimbingan Solari Esteban Adres mendahului 1-0.

KL City sekali lagi hampir dibolosi buat kali kedua, namun, mujurlah tandukan Jordi Amat berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Kevin Mendoza tujuh minit berselang.

Anak-anak buah Bojan Hodak yang berusaha mencari gol penyamaan sebaik permainan disambung semula selepas rehat, sekali lagi terpaksa menyaksikan pintu gol mereka dirobek buat kali kedua.

Kali ini, giliran pemain yang baharu sahaja mendapat status kewarganegaraan Malaysia, Endrick Dos Santo yang mudah menanduk masuk bola ke gawang KL City hasil hantaran lintang Fernando Forestieri pada minit ke-52.

Tuan rumah yang terdesak merapatkan defisit jaringan, memperoleh peluang menerusi kapten, Paulo Josue pada minit ke-69, namun, percubaannya ke pintu gol JDT yang dikawal ketat Ahmad Syihan Hazmi itu gagal menemui sasaran.

Hodak yang membawa masuk Herlison Caion bagi menambah sengat jentera serangan KL City, masih tidak mampu memburu gol buat tuan rumah.

Malah sebaliknya, derita yang mereka peroleh apabila bintang sayap JDT, Arif Aiman Hanapi melebarkan kedudukan menjadi 3-0 selepas menerima hantaran

Muhammad Ramadhan Saifullah Usman pada minit ke-90.

Selepas dua perlawanan, JDT kini mengumpul 6 mata, manakala, KL City hanya mengutip satu mata selepas melakar keputusan seri 2-2 dalam aksi pembukaan musim menentang Pulau Pinang, Sabtu lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya