JDT belasah penyandang juara MPFL, Selangor MAC

JDT belasah penyandang juara MPFL, Selangor MAC

Skuad futsal Johor Darul Takzim (JDT) unggul untuk mengatasi penyandang juara LIga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Selangor MAC dengan keputusan 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Panasonic, Shah Alam. (FOTO: IHSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Johor Darul Takzim (JDT) kembali meraih momentum kemenangan apabila mengejutkan penyandang juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Selangor MAC dengan keputusan 4-1 bagi aksi kumpulan B sebentar tadi.

Pasukan kendalian Miguel Antonio ini tekad mahu melakar kebangkitan selepas mereka dikecewakan pasukan Selangor Tot dengan keputusan 3-1 minggu lalu.

Usaha mereka berhasil apabila mula membuka tirai jaringan pada minit ke 12 menerusi Abu Haniffa Hasan.

Abdolrahman Sarani berjaya menggandakan jaringan buat skuad Harimau Selatan itu dua minit sebelum babak pertama berakhir.

Bersambung sahaja aksi di separuh masa kedua, permainan semakin rancak dengan tuan rumah mula merapatkan jurang menerusi awang import dari, Ali Ebrahimi hanya seminit selepas wisel permainan dibunyikan.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT melancarkan serangan bertubi-tubi, namun Selangor MAC kental bertahan sehinggalah menuju ke babak akhir perlawanan apabila gawang mereka bolos dalam tempoh dua minit.

Bermula dengan jaringan Caio Cesar pada minit ke 39, disusuli Saad Sani pada minit ke 40 untuk melengkapkan malam gemilang pelawat di Shah Alam.

Kemenangan ini meletakkan JDT di kedudukan kedua kumpulan B dan hanya kurang satu perlawanan sahaja dengan pendahulu, Selangor MAC yang kekal memimpin carta kumpulan dengan sembilan mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya