Import ‘padu’, Selangor FC boleh kejutkan JDT

Import ‘padu’, Selangor FC boleh menang

SELANGOR mampu memberi cabaran kepada JDT jika pemain import mereka berjaya menemui keserasian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun ramai memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membenam Selangor FC dalam aksi Liga Super malam ini, namun P. Maniam percaya, tonggak import Red Giants mampu membawa perbezaan besar.

Bekas pengendali Selangor itu berkata, Red Giants memiliki pemain berkualiti tetapi masalah terbesar mereka adalah tonggak import yang belum menyerlah.

Bagaimanapun jika pemain-pemain seperti Noor-Al Rawabdeh dan Ayron del Valle mula menunjukkan keserasian, mereka mampu menjadi pasukan berbahaya, malah tidak mustahil mengejutkan juara sembilan kali berturut-turut, JDT.

“Selangor ada kualiti pemain tempatan, sama dengan JDT. Sekarang apa yang kita mahu lihat tonggak import.

“Mereka kena tunjuk sejauh mana tahap prestasi boleh ­tan­dingi import JDT, kena tunjuk apa yang mereka ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pertembungan dua ‘raja bola sepak tempatan’ itu mengujakan penyokong, malah 25,000 tiket habis terjual sejak semalam.
Taktikal pengendali Sela­ngor, Tan Cheng Hoe juga akan menjadi tumpuan, apakah beliau mampu menan­dingi ‘tentera’ Esteban ­Solari yang telah memenangi semua empat perlawanan setakat ini.

JDT dan Selangor juga belum kalah dalam empat perlawanan mereka musim ini, dan pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, November lalu, Harimau Selatan menang tipis 2-1 pada final Piala Malaysia di Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya