Harimau Selatan ada ramai peledak

Harimau Selatan ada ramai peledak

TAN Cheng Hoe memerlukan perancangan taktikal terbaik untuk membawa Selangor FC melakar kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya malam ini. – IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkara paling menggerunkan pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe menjelang pertemuan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) malam ini adalah kemampuan Harimau Selatan meledak gol menerusi mana-mana pemain.

Biarpun Bergson Da Silva dianggap ‘mesin gol’ Harimau Selatan, namun Cheng Hoe berkata, Diogo Luis Santo, Fernando Forestieri, Endrick Dos Santos, Arif Aiman Hanapi dan Juan Muniz juga memiliki kemam­puan setanding untuk merobek gawang lawan.

Kemenangan besar yang dicatat dalam dua perlawanan terakhir Liga Super – membelasah Negeri Sembilan 7-0 serta Kelantan FC 5-1 membuktikan JDT mempunyai unit serangan bahaya.

JDT yang turun dengan reputasi sebagai juara liga sembilan musim berturut-turut juga berada dalam kelas tersendiri dengan mengumpul 12 mata maksimum selepas empat perlawanan apabila turut menewaskan Terengganu FC 2-0 dan Kuala Lumpur City (KL City) 3-0.

Selangor juga belum kalah musim ini, namun prestasi mereka tidak cukup meyakinkan selepas berhempas pulas untuk mengalahkan Kelantan United 1-0 dalam aksi pertama sebelum membelasah Kuching City 5-0, seri 1-1 dengan Pahang dan menewaskan Penang FC 2-1.

“Selepas empat perlawanan Liga Super, kita boleh lihat JDT mendominasi permainan dan berjaya menang dengan gol besar. Untuk mengatasi JDT bukan mudah, mereka ada skuad yang berkualiti.

“Bahagian serangan mereka sangat berbisa dan mana-mana pemain boleh menjaringkan gol. Jika Bergson Da Silva tiada, mereka masih ada Diogo Luis Santo, malah Fernando Forestieri, Endrick Dos Santos, Arif Aiman dan Juan Muniz juga boleh hasilkan gol.

“Kalau orang tanya kita, nak kunci siapa berdepan JDT? Sudah tentu sukar kerana mereka dibarisi ramai pemain berkemahiran tinggi. Di pertahanan, Jordi Amat berpengalaman bermain di Sepanyol, Syihan Hazmi (Mohamed) baru bolos satu gol.

“Jadi, bukan mudah untuk kunci empat hingga lima pemain dalam perlawanan itu nanti.

“Apa yang penting kena bersedia untuk berdepan mereka dan pemain beri tumpuan dan fokus dengan taktikal yang dirancang, dan kita harap dapat capai keputusan positif,” kata Cheng Hoe kepada Utusan ­Malaysia.

AYRON DEL VALLE 

Menurut Cheng Hoe, walaupun segala kelebihan nampak berpihak kepada JDT, pasukan bimbingannya tetap mempunyai peluang untuk melakukan kejutan jika melakukan sesuatu yang ‘istimewa’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 

Sementara itu, mengenai keserasian pemain import, beliau mengakui, Ayron del Valle dan Yohandry Jose Orozco agak bergelut kerana tiba lewat bersama pasukan.

“Mereka sedang bina keserasian, terutama untuk mengenali corak permainan setiap individu dalam pasukan. namun, saya percaya mereka akan membuktikan kewibawaan masing-masing bersama pasukan,” katanya.

Berdasarkan rekod lima perlawanan dalam semua saingan musim lalu membabitkan kedua-dua pasukan, ia ternyata memihak JDT  dengan tiga kemenangan termasuk ketika menang 2-1 dalam final Piala Malaysia selain dua keputusan seri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya